Berita Terkini

Keratan Akhbar Sitt Heng

Galeri Gambar

Login



Selamat Datang ke Sitt Heng!
Mengenai Kami

Peningkatan Hasil Padi dengan Teknologi Mudah

Sitt Heng Sdn Bhd (SHSB) telah ditubuhkan pada 2005. Syarikat ini mengkhusus dalam pengeluaran anak semai padi berkualiti premium dan pencedungan anak semai di Malaysia. Kami beroperasi di satu bidang tanah berkeluasan 3.6 ha di Pt. Hj. Tahir, Kuala Kurau, Kerian, Perak, Malaysia.

SHSB sentiasa berfikir jauh dan proaktif, oleh itu kami telah melabur secara intensif dalam penyelidikan dan teknologi inovatif agar terus meningkatkan mutu anak semai serta menyediakan anak semai berkualiti tinggi. Kami menjamin jentera pencedung kami akan memudahkan proses pencedungan padi dan meningkatkan hasil pengeluaran padi serta membantu menaikkan pendapatan para petani. Kaedah ini juga mampu mengurangkan serangan perosak tanaman padi.

Prestasi rekod kami terbukti dalam menghasilkan anak semai berkualiti tinggi dan menyediakan teknologi yang meningkatkan pengeluaran hasil padi melalui penggunaan teknologi inovatif. SHSB mempunyai portfolio-portfolio projek yang luas, merangkumi projek mengeluarkan anak semai berkualiti tinggi kepada agensi-agensi pertanian kerajaan Malaysia dan juga usahawan tani.

Baca Lagi...
 

Mini Jentanam

  • Kos Petrol Rendah
  • Berat Jentanam 170 kg
  • Mudah Diperbaiki
  • Kos Penanaman Rendah
  • Risiko Terbenam Rendah
  • Kos Alat Ganti Rendah
  • Mesin Tanam Yang Berkualiti
  • Mudah Digunakan Dalam Keadaan Tanah Lembap

Baca Lagi

Semaian Padi

  • Kapasiti tapak semaian Penghasilan semaian padi berjumlah 80,000 keping satu pusingan dengan kadar pengeluaran tray semaian sebanyak 2,500 keping sejam.
  • Kualiti pengurusan semaian padi
    Anak pokok sihat, pertumbuhan akar kuat dan padat, “missing point” kurang walaupun operasi jentanam dipandu laju.

Baca Lagi