Galeri Gambar

Login



Bioteknologi

Penggunaan Bioteknologi Ke Arah Pengeluaran Padi Lestari Oleh Bahagian Pertanian (IADA Kerian - Sg. Manik) (Kerja kerja ini dibentangkan di Seminar Teknologi Tanaman Padi anjuran IADA Keriam - Sg. Manik pada 23 - 25 November 2010 di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur.)

ABSTRAK

Teknologi BIM (Beneficial Indigenous Micro-organisms) atau Mikroorganisma Berfaedah Tempatan merupakan alternatif yang dipercayai dapat meningkatkan hasil padi, mengurangkan kos pengeluaran serta mesra kepada pengguna, pekerja dan alam sekitar. Ini dibuktikan oleh 28 orang petani dengan sawah seluas 34.78 hektar di Kawasan Pengembangan Bagan Serai - Beriah, Daerah Kerian. Peningkatan purata hasil padi daripada 3.55 mtan ha-1 (Musim 2/2009) kepada 3.93 mtan ha-1 (Musim 1/2010). Kajian awal di plot pemerhatian yang dijalankan di Kampung Perak, Mukim Parit Buntar, Daerah Kerian (M2/2009) juga menunjukkan keputusan yang positif. Justeru, dengan pengembangan dan pengamalan teknologi BIM yang berterusan, dipercayai sasaran purata hasil padi IADA Kerian- Sg. Manik iaitu 3.5 mtan ha-1 menjelang tahun 2010 dan 4.5 mtan ha-1 menjelang tahun 2020 akan dapat dicapai.

 

1.0 PENDAHULUAN

BERAS NADI KEHIDUPAN - demikian slogan Tahun Beras Antarabangsa menggambarkan betapa pentingnya beras sebagai makanan ruji rakyat Malaysia dan penduduk dunia. Pembangunan Industri Padi sering diberi keutamaan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi pada setiap masa. Namun, bagi menampung keperluan makanan yang meningkat berikutan peningkatan populasi penduduk, input-input pertanian seperti baja dan racun kimia perlu digunakan dengan banyak dalam usaha peningkatan hasil padi. Ini menyebabkan kos pengeluaran padi bertambah di samping memberi impak negatif terhadap alam sekitar.

 

2.0 PENGENALAN BIM

BIM ialah inokulan yang mengandungi tiga jenis mikroorganisma utama. Mikroorganisma tersebut menjalin hubungan simbiosis sesama diri dan dengan mikroorganisma-mikroorganisma berfaedah yang lain. Hasil kerjasama tersebut mewujudkan keadaan yang baik untuk pembiakan mikroorganisma berfaedah dan seterusnya mencapai keseimbangan alam sekitar. Tiga jenis mikroorganisma utama dan fungsinya adalah seperti berikut:

Baca Lagi...
 

3.0 KEGUNAAN BIM

Penggunaan BIM sangat luas meliputi sektor pertanian (tanaman, ternakan dan perikanan), pengurusan alam sekitar (rawatan sampah, rawatan air kotor, pembersihan dan penyucian air serta kebersihan di rumah), industri makanan dan pembinaan bangunan.

Baca Lagi...
 

4.0 APLIKASI BIM DALAM PENANAMAN PADI

BIM boleh diubahsuai mengikut formulasi yang dikehendaki untuk menghasilkan pelbagai jenis produk seperti baja dan racun biologi serta kompos. Produk-produk daripada BIM seperti BIMOS (Beneficial Indigenous Micro-organisms Solution) iaitu larutan aktif BIM dan Bokashi (Fermented Organic Matter) iaitu bahan organik tertapai berpotensi digunakan sebagai input untuk meningkatkan hasil padi.

Baca Lagi...
 

5.0 KAJIAN PENINGKATAN HASIL PADI DENGAN TEKNOLOGI BIM

5.1 Musim 2/2009 – Ladang Petani
Kajian awal kesan penggunaan BIM dalam peningkatan hasil padi telah dilaksanakan secara pemerhatian di Kampung Perak, Mukim Parit Buntar, Daerah Kerian pada M2/2009. Satu petak sawah seluas 1.2 hektar yang diusahakan oleh Encik Muhammad Rizal Bin Mohd. Ali dirawat dengan Bokashi, molases dan BIMOS. Bokashi ditabur selepas pembajakan pertama dan disusuli dengan kawalan rumpai secara kimia. Molases dituang pada saluran air masuk selepas tiga minggu menabur benih padi untuk tujuan kawalan rumpai.

Baca Lagi...