Galeri Gambar

1.0 PENDAHULUAN

BERAS NADI KEHIDUPAN - demikian slogan Tahun Beras Antarabangsa menggambarkan betapa pentingnya beras sebagai makanan ruji rakyat Malaysia dan penduduk dunia. Pembangunan Industri Padi sering diberi keutamaan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi pada setiap masa. Namun, bagi menampung keperluan makanan yang meningkat berikutan peningkatan populasi penduduk, input-input pertanian seperti baja dan racun kimia perlu digunakan dengan banyak dalam usaha peningkatan hasil padi. Ini menyebabkan kos pengeluaran padi bertambah di samping memberi impak negatif terhadap alam sekitar.