Galeri Gambar

Login



2.0 PENGENALAN BIM

BIM ialah inokulan yang mengandungi tiga jenis mikroorganisma utama. Mikroorganisma tersebut menjalin hubungan simbiosis sesama diri dan dengan mikroorganisma-mikroorganisma berfaedah yang lain. Hasil kerjasama tersebut mewujudkan keadaan yang baik untuk pembiakan mikroorganisma berfaedah dan seterusnya mencapai keseimbangan alam sekitar. Tiga jenis mikroorganisma utama dan fungsinya adalah seperti berikut:

2.1 Bakteria Fototropik
Menguraikan bahan organik, gas beracun seperti ammonia dan hidrogen sulfida bagi menghasilkan asid amino, asid nukleid, bahan bioaktif dan gula. Bahan-bahan ini dapat menggalakkan pertumbuhan pokok.

2.2 Bakteria Asid Laktik
Mengeluarkan asid laktik daripada gula dan karbohidrat yang dihasilkan oleh bakteria fototropik dan yis. Asid laktik merupakan bahan steril yang kuat dan berfungsi sebagai penghalang kepada mikroorganisma berbahaya lain. Asid laktik dapat menguraikan lignin dan selulosa bagi mempercepatkan proses pereputan bahan organik semasa membuat kompos.

2.3 Yis
Menghasilkan hormon dan enzim daripada asid amino dan gula yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan pengaktifan sel dan pembahagian sel akar.