Galeri Gambar

Login



4.0 APLIKASI BIM DALAM PENANAMAN PADI

BIM boleh diubahsuai mengikut formulasi yang dikehendaki untuk menghasilkan pelbagai jenis produk seperti baja dan racun biologi serta kompos. Produk-produk daripada BIM seperti BIMOS (Beneficial Indigenous Micro-organisms Solution) iaitu larutan aktif BIM dan Bokashi (Fermented Organic Matter) iaitu bahan organik tertapai berpotensi digunakan sebagai input untuk meningkatkan hasil padi.

Penggunaan BIM mengikut peringkat penanaman padi adalah seperti berikut:
  1. Selepas Penuaian
    Penggunaan Bokashi selepas tuaian atau semasa bajak pertama dapat mempercepatkan pereputan jerami dan bahan-bahan organik lain di dalam tanah dan seterusnya meningkatkan kandungan nutrien. Asid organik dan bahan bioaktif yang dihasilkan oleh bakteria Asid Laktik dapat memecahkan dormansi benih dan menggalakan percambahan biji benih. Benih rumpai yang bercambah selepas pembajakan pertama dapat dikawal melalui pembajakan seterusnya. Rumput hijau dibajak ke dalam tanah dan diikuti dengan semburan larutan aktif mikroorganisma, Bakteria Asid Laktik akan menapaikan rumput tersebut, maka, masalah yang timbul akibat pereputan dalam tanah dapat dielakan. Rumput tersebut akan menjadi kompos dan dapat meningkat produktiviti tanah serta pertumbuhan tanaman (Harakawa & Higa, 1989).

  2. Rawatan Benih Padi
    Penggunaan BIMOS semasa merendam biji benih padi dapat menggalakkan percambahan benih padi di samping mencegah penyakit bawaan benih. Bakteria Asid Laktik berkeupayaan menapai kulit padi dan menggalakkan percambahan benih.

  3. Semaian
    Penyemburan BIMOS, BPR (Bio-Pest Repellent atau penghindar perosak/ penyakit biologi) dan FPE (Fermented Plant Extracts atau ekstrak tanaman tertapai) dua kali seminggu pada anak benih dapat menggelakkan serangan perosak dan penyakit pada anak benih di tapak semaian.

  4. Pertumbuhan dan Penjagaan Pokok Padi
    Bokashi ditabur semasa pembajakan kimia bagi mempertingkatkan kecekapan pengambilan nutrien oleh akar. BIMOS dan BPR disembur dua kali sebulan untuk mencegahkan serangan perosak dan penyakit.