Pengarah
Jacky Yip Eng Seng

Klik sini untuk Perutusan Pengarah

Berita Terkini

Keratan Akhbar Sitt Heng

Galeri Gambar

Mengenai Kami

Peningkatan Hasil Padi dengan Teknologi Mudah

Sitt Heng Sdn Bhd (SHSB) telah ditubuhkan pada 2005. Syarikat ini mengkhusus dalam pengeluaran anak semai padi berkualiti premium dan pencedungan anak semai di Malaysia. Kami beroperasi di satu bidang tanah berkeluasan 3.6 ha di Pt. Hj. Tahir, Kuala Kurau, Kerian, Perak, Malaysia.

SHSB sentiasa berfikir jauh dan proaktif, oleh itu kami telah melabur secara intensif dalam penyelidikan dan teknologi inovatif agar terus meningkatkan mutu anak semai serta menyediakan anak semai berkualiti tinggi. Kami menjamin jentera pencedung kami akan memudahkan proses pencedungan padi dan meningkatkan hasil pengeluaran padi serta membantu menaikkan pendapatan para petani. Kaedah ini juga mampu mengurangkan serangan perosak tanaman padi.

Prestasi rekod kami terbukti dalam menghasilkan anak semai berkualiti tinggi dan menyediakan teknologi yang meningkatkan pengeluaran hasil padi melalui penggunaan teknologi inovatif. SHSB mempunyai portfolio-portfolio projek yang luas, merangkumi projek mengeluarkan anak semai berkualiti tinggi kepada agensi-agensi pertanian kerajaan Malaysia dan juga usahawan tani.


Misi
  • Untuk menjadi rakan kongsi terpilih dalam merevolusikan penanaman padi, dengan cara meningkatkan taraf hidup komuniti petani serta meningkatkan sekuriti makanan di Malaysia.
  • Meningkatkan taraf hidup petani melalui teknologi yang dapat meningkatkan pengeluaran padi dan kualiti benih padi.
  • Mencapai kemampanan jangka panjang dengan penggunaan sistem penanaman mekanikal.