Login



Perutusan Pengarah Urusan

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia!

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Sitt Heng Sdn Bhd (SHSB) kerana dedikasi dan sumbangan mereka bagi mencapai objektif dan sasaran syarikat.

SHSB telah ditubuhkan pada tahun 2005 dengan objektif membekal anak semai padi untuk petani-petani tempatan di Malaysia. Dengan keupayaan pengeluaran berskala besar, syarikat kami mampu menghasilkan antara 300,000 - 600,000 anak semai bermutu tinggi untuk semusim.

Kebanyakan petani tempatan menghadapi cabaran untuk mempertingkatkan hasil padi mereka menggunakan kaedah tabur terus. Walaupun kaedah tabur terus adalah lebih cepat, kurang tenaga kerja dan kos rendah, namun kaedah ini mengakibatkan kejadian serangan makhluk perosak and penyakit yang lebih kerap. Ini akan menjejaskan produktiviti padi serta meningkatkan kos pengeluaran padi.

Mencedung cara mekanikal adalah kaedah terbaik untuk para petani. Kaedah ini mampu mengurangkan serangan perosak, penyakit dan meningkatkan produktiviti padi. Kami menggalakkan pesawah tempatan supaya bekerjasama dengan agensi-agensi pertanian bagi mendapatkan bantuan teknikal. Pesawah akan mendapat manfaat melalui pengoptimaan kepakaran agensi-agensi ini dalam meningkatkan pengeluaran hasil padi mereka.

Saya ingin berkongsi bersama anda beberapa kelebihan kaedah mencedung secara mekanikal. Mencedung secara mekanikal menghasilkan kualiti penanaman yang baik. Mencedung anak semai di antara 12 hingga 18 hari dengan jarak seragam dan kepadatan penanaman optimum (18 -20 perdu / m2 dengan 2-8 anak semai/ perdu) adalah dicadangkan bagi pengeluaran padi maksimum.

Kaedah mencedung secara mekanikal ini terbukti dapat meningkatkan produktiviti (0.5 untuk 0.7 t ha-1) jika dibandingkan dengan kaedah mencedung secara tradisional atau mencedung secara terus. Hasil padi bersih tertinggi yang pernah direkodkan adalah di Sekinchan, Selangor, iaitu sebanyak 10 mt / ha. Mencedung secara mekanikal juga mengurangkan kejutan pencedungan, seterusnya menghasilkan pokok padi yang lebih sihat, membesar lebih cepat dan mencapai kematangan yang seragam dan membolehkan penuaian dilakukan mengikut jadual.

Oleh itu, bagi menggalakkan lebih ramai petani menggunakan jentera mencedung, SHSB telah memperkenalkan jentera mencedung yang dinamakan ‘Mini Jentanam’ yang mudah dikendalikan dan dalam harga berpatutan. Jentera ini bukan sahaja memudahkan kerja mencedung, malah ia ada kelebihan di mana ia boleh beroperasi atas pelbagai jenis tanah samada tanah lembut atau tanah keras.

Anak Semai Padi Bermutu Premium

Kami sentiasa memantau anak semai supaya ianya bebas daripada serangan penyakit dan perosak di samping menggunakan kawalan rumpai mesra alam. Ini untuk memastikan anak semai membesar dan sihat serta mampu bertahan untuk jangkamasa panjang semasa ia diangkut ke kawasan luar bandar. Anak semai yang tahan lasak ini menjimatkan masa dan kos dengan mengurangkan ruang tertinggal.

Kepakaran dan pengalaman kami adalah satu aset yang besar bagi masyarakat tani. Kami mahu berkongsi kebaikan-kebaikan ini bersama para petani dan usahawan untuk memajukan industri beras negara demi untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi dan meningkatkan kualiti kehidupan komuniti pesawah.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pegawai dari Kementerian Pertanian (MOA) yang mana telah memberi bimbingan dan sokongan mereka dalam meningkatkan kualiti pengeluaran beras bukan sahaja dalam daerah Kerian, Perak, malah di seluruh Malaysia.

Terima Kasih.