Galeri Gambar

Login



  • Kos Petrol Rendah
  • Berat Jentanam 170 kg
  • Mudah Diperbaiki
  • Kos Penanaman Rendah
  • Risiko Terbenam Rendah
  • Kos Alat Ganti Rendah
  • Mesin Tanam Yang Berkualiti
  • Mudah Digunakan Dalam Keadaan Tanah Lembap

Kebaikan mini jentaman

Kebanyakan kawasan di Kerian mempunyai masalah kekurangan lapisan tanah keras. Disebabkan tanah yang lembut ini, transplanter beroda empat yang besar tidak sesuai digunakan dalam keadaan tanah yang lembut. Lebih-lebih lagi kos yang tinggi untuk membeli jentera yang besar ini tidak menguntungkan petani.

Oleh itu, syarikat kami memperkenalkan jentera bersaiz kecil denga beratnya 170 kg yang berkos rendah dan tidak begitu berat supaya sesuai untuk digunakan dalam keadaan di Kerian terutamanya petani berskala kecil. Antara kebaikan mini jentanam syarikat kami membekal mini jentanam berkualiti tinggi yang diimport, mudah digunakan dalam tanah lembut dan ekonomi digunakan disebabkan kos petrol, kos alat ganti dan kos penanaman yang rendah.


Penggunaan mini jentanam


Lihat dengan teliti, separuh kaki petani celup ke dalam tanah, tetapi mini jentanam masih boleh berfungsi di dalam tanah yang lembut.

Perkhidmatan

Kami bukan sahaja menjual mini jentanam, tetapi juga memberi pelbagai perkhidmatan. Kami memegang 3 'S' dalam perniagaan kami:

  1. Pembekal “Mini Jentanam” iaitu Jentera Menanam Padi. Membekal Anak Semaian Padi iaitu kami menghasil & menawarkan semaian padi yang berkualiti tinggi.(Sell)
  2. Pembekal Peralatan/ alat gantian Jentanam (Spare-parts)
  3. Menyediakan perkhidmatan dan pembaikan Jentera “Jentanam” (Services)

Di samping itu, kami mempunyai pasukan perkhidmatan profesional yang menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan-pelanggan kami. Bagi mereka yang berminat terhadap perkhidmatan yang kami sediakan, pertanyaan/ kedatangan anda dialu-alukan.

Tekan sini untuk SPESIFIKASI

Contact us