Galeri Gambar

3.0 KEGUNAAN BIM

Penggunaan BIM sangat luas meliputi sektor pertanian (tanaman, ternakan dan perikanan), pengurusan alam sekitar (rawatan sampah, rawatan air kotor, pembersihan dan penyucian air serta kebersihan di rumah), industri makanan dan pembinaan bangunan.

Kepentingan BIM dalam sektor tanaman termasuk:

  1. Membantu proses percambahan, pertumbuhan, pembungaan dan berbuah
  2. Meningkatkan kapasiti fotosintesis
  3. Meningkatkan kandungan bahan organik sebagai baja tanaman
  4. Meningkatkan daya ketahanan tanaman terhadap serangan penyakit dan perosak
  5. Memperbaiki fizikal, kimia dan biologi tanah
  6. Menindas "soil borne pathogen" dan perosak

Kebaikan penggunaan BIM pada tanaman padi termasuk:

  1. Kuantiti dan kualiti hasil padi meningkat dan mapan
  2. Peratus percambahan biji benih tinggi
  3. Pokok padi tumbuh dengan sekata
  4. Semaian lebih kuat dan sihat
  5. Akar lebih kuat dan tumbuh dengan lebih cepat.
  6. Penyakit dan perosak kurang - kos kawalan kurang
  7. Kesuburan tanah meningkat

Penggunaan mikroorganisma berfaedah pada tanaman padi yang dijalankan di MADA dan Tanjung Karang menunjukkan peningkatan hasil sebanyak 10%. Selain itu, mikroorganisma berfaedah didapati berkeupayaan untuk mengurangkan pembebasan gas metana di kawasan sawah yang ditenggelami air apabila digunakan bersama bahan organik yang mempunyai nisbah C:N yang rendah (Samy et al, 1995).